SEJARAH SEKOLAH

Sekolah Rendah Kebangsaan (Cina) Sin Hwa terletak di Bukit Pasir,Batu Pahat,Johor Darul Takzim.Jauhnya sekolah ini dari Bandar Penggaram (Batu Pahat) adalah lebih kurang 5 km.
            Encik Yap Geok Siew ialah guru yang mula-mula menubuhkan sekolah ini pada tahun 1930.Pada itu, sekolah ini diberi nama Sekolah Sin Siang. Sekolah ini hanya mempunyai lebih kurang 10 orang murid. Kemudian pada tahun 1938 nama sekolah ini ditukar kepada Sekolah Sin Hwa dan masih dikelolakan oleh En.Yap.
          Dari tahun 1942 hingga 1945, sekolah ini terpaksa ditutup selama 4 tahun kerana pemerintahan Negeri Jepun. Selepas perang tamat dalam 1946, beberapa orang pemimpin kaum Cina seperti En. tan Boo Keng, En.Goh Pak Cheng dan penduduk-penduduk kampung ini telah mengambil berat tentang pendidikaan anak-anak mereka. Mereka bekerjasama mendirikan sebuah bangunan sekolah yang lebih baik, berdinding papan dan beratap nipah di tapak sekolah sekarang. Sekolah baru ini mempunyai sebuah pejabat dan tiga buah bilik darjah. Pada masa itu juga, sebuah Jawatan Jemaah Pengurus Sekolah ditubuhkan dengan melantik En.Lee Ah Cheng sebagai Guru Besar.
          Pada tahun 1947, sekolah ini dibuka semula dengan murid seramai lebih kurang 100 orang. Dari tahun 1948 hingga 1956, sekolah ini seringkali bertukar Guru Besar kerana kekurangan wang. Guru-guru Besar yang telah bertugas dalam tempoh masa itu ialah En.Sim Long Peu, En.Tan Chee Bee  dan En.Ng Ah Chiew.
          Sekolah ini mendapat Bantuan Modal daripada kerajaan pada tahun 1953 dan pada tahun 1958, nama sekolah ditukar kepada Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (Cina) Sin Hwa.Pada masa itu bilangan murid bertambah sehingga lebih kurang 150 orang dan dibahagikan kepada empat buah kelas. Pada tahun 1957 En.Lee Han Char telah dilantik sebagai Guru Besar untuk menjalankan semua urusan pentadbiran sekolah ini.
          Memandangkan baangunan sekolah ini telah lama, rosak dan bocor ketika hari hujan, sebuaah Jawatankuasa Pembinaan Bangunan Baru telah ditubuhkan pada tahun 1959. Tidak lama kemudian dengan wang bantuan daripada kerajaan dan derma-derma daripada penduduk-penduduk kampung ini serta Bandar Batu Pahat, sebuah bangunan konkrit mengandungi sebuah Bilik Guru dan 6 buah bilik darjah telah dibina di tapak sekolah yang sama pada tahun 1960. Pada tahun ini juga, En. Lye Hoo Chang telah dilantik sebagai Guru Besar lama itu telah meletakkan jawatan.
          Pada tahun 1975, dua orang Jemaah Pengurus yang berjasa baik dan telah memimpin Jemaah Pengurus ini selama 30 tahun, iaitu Tuan Pengerusi En. Tan Bee Keng dan Timbalan Pengerusi En.Goh Pak Cheng meninggal dunia.Jemaah Pengurus sekolah ini terpaksa mengadakan satu mesyuarat pilihan dan En. Sim Seong Guan dan En.Kang Han Leong telah dipilih dan dilantik sebagai Tuan Pengerusi dan Naib Pengerusi Jemaah Pengurus dengan sebulat suara.
          Guru Besar En.Lye Hoo Chang bersara pada 19.9.1980. Beliau telah berkhidmat di sekolah ini selama 21 tahun. En. Tay Seng Eng telah dilantik sebagai Guru Besar baru di sekolah ini oleh Jabatan Pendidikan Johor mulai 20.9.1980. Beliau berusaha menyusun dokumen-dokumen dan pekeliling-pekeliling sekolah ini supaya disimpan dan fail-fail baru dibuka. Beliau juga memperbaiki pentadbiran sekolah ini dengan sokongan dan kerjasama Jemaah pengurus Sekolah PIBG serta guru-guru sekolah ini.